Wednesday, 20 April 2011

(PART 3)

: IKMAS & HIKMAH :

Dengan bantuan Hafizuddin kami dapat segera membeli tiket bas untuk balik ke Kuala Lumpur tempat abang saya bekerja. Pada esok harinya, dengan menaiki bas Transnasional bermula lah perjalanan kami yang mengambil masa 8 jam perjalan dari Kuala Terengganu ke hentian Putra, KL. Memang perjalanan yang memenatkan dalam keadaan bas yang tidak berpenghawa dingin. Sempat juga membeli jeruk untuk menghilangkan rasa pening-pening sepanjang menaiki bas.

                    gambar sekadar hiasan- memang berbeza bas yang dinaiki dulu

Sebelah petang tu, abang saya sudah menunggu di Hentian Bas Putra dengan muka yang sinis dan senyuman mengejek. Aku tidak ambil peduli semua itu. Kami menaiki KTM dari hentian Putra dan berhenti di hentian Serdang. Rumah sewa abang saya bersama kawan-kawannya dekat dengan Universiti Putra Malaysia. Universiti tempatnya belajar 4 tahun yang lepas.

Sampai di rumah, abang saya memberitahu bahawa tiga hari lagi, saya akan pergi ke Kuching. Manakala Fikar akan balik Limbang. Saya akan sambung pengajian di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Dia kata ayah yang suruh supaya saya belajar di sana. Kebetulan ada surat tawaran dari IKMAS sampai kat rumah beberapa minggu yang lepas.



Persoalan sekarang, bila masa pula saya ada mengisi borang untuk belajar di institut tersebut. Menghadiri temuduga pun tidak pernah sekali. Abang saya kata dia hanya bertindak mengikut arahan ayah. Lagipun dia sudah pun membeli tiket kapal terbang pergi ke Kuching. Kalau saya tidak pergi akan sia-sia saja tiket yang sudah dibeli. Dahla tiket dia beli masa tu mahal. Nanti claim balik..

Dalam keterpaksaan sekali lagi, keputusan telah pun dibuat untuk diriku. Memang saya amat menghargai akan keprihatinan ayah dan keluarga. Demi menjaga hati dan perasaan mereka, semuanya akan dikorbankan. Kadang-kadang hati ini memberontak mengapa segala keputusan harus dibuat oleh orang lain dan bukannya diri sendiri. Mengapa???

Cemburu dengan Fikar dapat balik ke Limbang dan dapat menyambung pengajian di tingkatan 6 rendah. Memang berbaloi dengan keputusan yang dibuatnya sendiri. Tidak apa, memang nasib saya belajar di IKMAS. Sama juga pengajian dekat KUSZA, pengajian yang ditawarkan hanya diploma. Bukannya hendak memilih tempat pengajian. Cuma memandang peluang untuk pekerjaan pada masa akan datang dan pengajian di peringkat lebih tinggi lagi.

Sehari sebelum bertolak ke destinasi masing-masing, saya dengan Fikar berkesempatan pergi ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dekat bangunan PWTC. Saya hendak membeli Kamus al-Marbawi untuk keperluan pembelajaran dekat IKMAS nanti. Selain itu, saya juga sempat membeli senaskah Tafsir Al-Qur’an. Kebetulan ada pameran buku, dapat juga diberi diskaun 10 peratus oleh penjual. Murahlah harganya kan berbanding harga asal. Jimat duit aku.

Dekat pameran tersebut kami terserempak dengan kumpulan nasyid yang kami minati dari sekolah rendah lagi, kumpulan Raihan. Kumpulan nasyid ini ada membuka gerai atau booth untuk mempromosikan album dan komik mereka. Sempat lagi membeli komik “Raihan Rangerz” yang sudah ditanda tangani oleh kesemua ahli-ahli kumpulan nasyid Raihan. Nanti dapat ditunjukkan kepada kawan-kawan kalau balik Limbang  nanti. Kes bangga punya pasal kan.

Asyik berjalan-jalan di sekitar pameran. Handphone Nokia 3315 berbunyi. Tertera nombor telefon rumah di paparan skrin. Lantas saya tekan butang hijau. Kedengaran suara kakak aku bercakap ditalian.

“Assalamualaikum Man, ni ada berita dari Jabatan Agama Islam Sarawak. Nama awak tersenarai 20 orang pelajar yang dapat mengikuti pengajian Kursus Intensif Bahasa Arab di Nilampuri, Kelantan. Ko nak x?” Sekejap lagi dorang telefon balik nak mendapat kepastian ni”

Aku lantas menjawab. “Memang aku nak lah..nanti akak bagitau dorang aku memang nak.” 

Tawaran belajar yang saya impi-impikan bersama kawan-kawan yang lain sudah tersedia di depan mata, termasuk Fikar. Kami bersama-sama mengikuti ujian bertulis dan temuduga untuk mengikuti kursus tersebut sebulan yang lalu. Harap semuanya dapat.

Tanpa berlengah saya terus memberitahu Fikar, dia pun rasa teruja dan seronok mendengarnya. Dia mengharap agar namanya juga tersenari 20 orang yang layak. Tidak lama selepas itu, emak Fikar ada menelefonnya untuk memberitahu berita gembira tersebut. Nampak muka kegembiraan diwajah Fikar. Akhirnya hajat kami untuk sama-sama belajar dan masuk universiti nanti akan tercapai juga.

Masalah sekarang, abang saya sudah pun membelikan tiket kapal terbang pergi ke Kuching esok. Setelah berbincang dengan ayah, ayah serahkan segala keputusan kepada saya. Apa yang baik untuk saya baiklah untuknya. Ayah tidak lagi menghalang dengan keputusan saya sendiri. Pengajian di IKMAS akhirnya ditolak dengan sebaik-baiknya. Secara automatiknya burn la tiket kapal terbang ke Kuching esok. Hoorey!!!

Memandangkan pendaftaran kursus tersebut tinggal dua minggu sahaja lagi. Abang saya membuat keputusan supaya saya tinggal dekat rumah sewa dia jer. Tidaklah banyak duit yang terbazir lagi. Saya ikut sahaja akan keputusan abang saya. Sekarang hati saya sudah gembira dan tidak sabar hendak berjumpa dengan kawan-kawan dari SMKA Limbang semasa pendaftaran nanti.

Fikar gembira dapat balik kampung walaupun masa hanya 2 minggu. Sementara saya sudah pun mendaftarkan diri di IKMAS hanya dalam mimpi. Inilah yang dinamakan hikmah disebalik saya dan Fikar keluar dari KUSZA. Walaupun ada cobaan dari IKMAS. 

Akhirnya hikmah yang sebenarnya muncul juga dicelah-celah cobaan itu. Syukur Alhamdulillah di atas ketetapan yang telah ditetapkan Allah kepada saya. Kita hanya merancang, dan Allah yang menentukan. Sesungguhnya, sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT. Tiada lagi persoalan dalam hati. Semuanya jelas sejelasnya.

(PART 2)

: KUSZA -DIPLOMA PENDIDIKAN BAHASA ARAB :

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Kuala Terenganu pada malam tu. Terus kami menyewa teksi dan menginap di hotel tempat ayah Fikar pernah tinggal sebelum ini. Malam tu, kami tinggal semalam kat hotel yang agak mewah jugak. Saya tak ingat nama hotel tersebut. Nanti tanya balik dekat ayah Fikar.

Pada keesokkan harinya, bermulalah perjuangan kami sebagai pelajar di KUSZA. Ayah Fikar sempat menemani kami semasa proses pendaftaran kat pejabat KUSZA. Setelah semuanya berjalan dengan lancar barulah kami dibawa ke asrama ataupun disebut kolej kediaman yang sudah ditetapkan.

                  masjid KUSZA- pernah solat jumaat beberapa kali jer

Ayah Fikar tidak dapat ikut bersama kerana sudah ada pembantu mahasiswa yang bertugas pada masa itu yang akan menemani kami berdua. Berpisahla kami dengan ayah Fikar pada masa itu juga. Lagipun ayah Fikar tidak dapat lama-lama kerana beliau juga akan balik ke Sarawak pada sebelah malamnya.
Saya amat-amat berterima kasih kepada beliau kerana sudi menemani di sepanjang perjalanan kami bermula dari Limbang sehinggalah ke KUSZA ni.

                                                      logo KUSZA

Dengan ditemani pembantu mahasiswa tersebut kami pun dibawa ke kolej kediaman. Memang jauh di antara kolej kediaman dengan tempat belajar. Terpaksa menaiki bas ataupun kenderaan lain. 

Setelah sampai ditempat kolej kediaman, kami pun ditunjukkan kedudukan bilik kami seperti yang tertulis dalam resit pendaftaran kolej kediaman. “A-3:Blok At-Tabrani”. Melangkah masuk ke bilik setelah kunci pintu dibuka. Memang terkejut beruk saya ngan Fikar. Bilik kami memang sudah ada penghuninya. 

Buat sementara waktu, kami terpaksa berkongsi bilik dengan penghuni-penghuni bilik kami tersebut. Setelah mendengar penjelasan mereka, kami memahaminya. Mereka pun mengalami nasib yang sama seperti kami alami sekarang. Bilik yang didaftarkan untuk mereka sudah ada penghuni senior menghuninya.

Saya dengan Fikar cuba membawa masalah ini kepada presiden kolej tersebut. Awal-awal lagi Ridhiallah dan Hakimi menasihati kami untuk melupakan saja hasrat tersebut. Memang tidak akan dilayan. Sudah menjadi adat turun temurun sistem penempatan di kolej kediaman tersebut. Si senior akan berkuasa. Budak-budak freshier seperti kami akan dipaksa tunduk dan patuh kepada mereka. Kalau ada sesiapa cuba untuk mengubah corak tersebut memang hebatlah dan akan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Setelah mendengar sendiri dari mulut senior-senior yang sudah berpengalaman.

Pada malam itu, ada senior Sarawak yang datang menziarahi kami dan menyatakan rasa kesian terhadap kami. Mereka berusaha untuk mencari bilik untuk penempatan kami dengan secepat yang mungkin. Alhamdulillah, pada ke esokkan harinya berpindahlah kami ke bilik baru. Kebetulan berdepanan dengan bilik mereka. Rupa-rupanya bilik tersebut bilik penempatan secara haram. Gara-gara kesian punya pasal, semua itu tidak dipedulikan oleh mereka. Kami pun tidak la kisah sangat. Janji ada tempat selesa untuk tinggal. Terima kasih buat saudara Jeffri kerana sudi menolong kami. Beliau yang berada di tahun 2 dan sedang mengambil kursus TESL. Berasal dari Miri, Sarawak.

Bermula sebagai pelajar Diploma Pendidikan Bahasa Arab, awal-awal pagi kami sudah bangun dan menunggu bas di luar kolej kediaman untuk bergerak ke kampus. Bertemankan Ridhi dan Hakimi yang menjadi pemandu pelancong untuk menunjukkan tempat di sekitar kampus KUSZA. Mereka sudah berada di KUSZA seminggu yang lepas.

Mereka sempat mengikuti kursus orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Kami bedrua sangat bertuah kerana tidak sempat untuk mengikuti minggu yang mereka anggap sangat menyeksakan itu. Hanya kata-kata mampu diluahkan oleh Ridhi dan Hakimi bertapa peritnya semasa minggu orientasi tersebut.

Hakimi mengambil diploma kehakiman dan undang-undang, manakala Ridhi ambil diploma syariah dan pengurusan. Walaupun kursus yang mereka ambil berbeza dengan kami mereka sempat menunjukkan kelas kami yang sebenar. Seorang berasal dari Kedah, seorang lagi berasal dari Kelantan.

Kelas pertama kami masukki ialah kelas psikologi pendidikan kalau tidak silap la. Terus belajar pasal pendidikan dan sempat belajar mengenai sajak Usman Awang pasal guru. Walaupun tidak hafal tapi akan mencuba untuk menghayati setiap bait-bait ayat yang dituturkan:


GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979



Memang terkesan juga dengan sajak tersebut. Pensyarah tersebut sempat mengingatkan bahawa kami semua adalah bakal guru yang berkhidmat pada masa akan datang dan cuba menjadi seorang guru seperti dalam sajak tersebut. Suasana pembelajaran memang tidak selesa kerana keadaan kelas yang sempit dan ada pelajar-pelajar yang tidak cukup kerusi hendak duduk.

Dalam kelas itu barulah mengenali siapa Hafizuddin, Wira dan banyak lagi. Hanya mengenali pelajar-pelajar lelaki saja. Maklumlah masih baru-baru lagi. Ramai pelajar perempuan yang mengambil kursus ini berbanding lelaki. Kalau dikira lebih separuh terdiri dari pelajar perempuan.

Selepas kelas psikologi tersebut, ada kelas fiqh ibadat lagi. Dengan pengajaran menggunakan buku arab dan bahasa pengantar pun bahasa arab 100 peratus. Memang kalau otak tidak bersedia boleh menjadi gila. Masuk-masuk bilik kuliah terus belajar kitab yang memang tidak difahami  keseluruhannya. Saya dengan Fikar tidaklah mahir sangat dalam bahasa arab ni. Setakat kredit jer dalam SPM.

Bertambah tekanan lagi apabila saya dengan Fikar dimasukkan ke dalam kelas Bahasa Inggeris bersama pelajar-pelajar yang ambil kursus TESL. Memang kami berdua saja pelajar dari kursus lain. Apa lagi, memang kami menjadi bahan ejekkan pelajar-pelajar yang mahir sangat dalam bahasa orang putih tu. Macamlah dorang terror sangat. Hanya bersabar dapat kami lakukan. 

Macam-macam perkara menjadi tekanan sama ada di kolej kediaman ataupun di dalam bilik kuliah. Nasib baik berdekatan dengan kolej kediaman tersebut ada pantai dipanggil pantai Tok Jembal. Tiap-tiap petang kami akan mengunjungginya untuk mandi dan melepaskan tekanan. Kadang-kadang berteriak ke laut melepaskan semua geram dan tekanan sangat-sangat. Sekurang-kurangnya tekanan tidak terkumpul setiap hari.

Setelah dekat sebulan kami belajar di KUSZA, dengan menaiki bas zaman jepun setiap hari pergi dan balik dari kuliah. Dapat mengenali abang senior Sarawak Jefrri, penghuni yang merampas bilik kami Ridhi dan Hakimi dan kawan-kawan sama kursus seperti kami Hafizuddin dan Wira. Memang indah dapat mengenali mereka walaupun dalam masa yang singkat.

Apakan daya, di sangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Setelah hati ini bertekad dan otak fikiran ini tidak mampu untuk meneruskan sesi pembelajaran di KUSZA. Akhirnya dengan berat hati saya menyatakan keputusan ini kepada Fikar dan keluarga di kampung. Walaupun pada mulanya mereka agak keberatan untuk menerima akan keputusan yang melulu ini. Lagi-lagi ayah kemungkinan berasa bersalah kerana memaksa saya belajar di KUSZA ini. Setelah diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya mereka juga memahaminya. 

Hati yang sekuat mana pun akan cair juga, rupa-rupanya Fikar yang nampak kental dan tabah dalam menghadapinya sebelum ini akhirnya mengikut jejakku juga. Aku tidak pernah sesekali mengajaknya untuk berhenti dari belajar di KUSZA. Memang kemahuannya sendiri. Setelah Fikar meminta pendapat dengan ayahnya. Kami berdua dengan secepatnya menguruskan proses  pemberhentian pengajian di pejabat KUSZA. Kami akhirnya dilepaskan dari tekanan ini, walaupun duit pendaftaran yang bernilai RM700 tidak dikembalikan.

Memang rasa bahagia sangat dapat keluar dari semua tekanan dan masalah ini. Tapi, sedih juga kerana berpisah dengan kawan-kawan. Sekarang ni fokus untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan 6 jer la. Sementara menunggu keputusan-keputusan dari universiti yang dipohon dalam borang UPU.

(PART 1)

: SEBUAH HARAPAN:

Tahun 2004, setelah selesai peperiksaan SPM saya  duduk kat rumah jer. Tolong ayah dan emak berkebun sayur dan menjaga dusun buah-buahan. Di suatu petang ayah menyapaku.

 “Man, ko dapat tawaran memasuki Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA), kat Terengganu. Anak cikgu Umar pun dapat juga…Zulfikar kan??? 
“Iyea ayah, Fikar nama dia…tapi ayah...saya tak nak masuk KUSZA la. KUSZA bukannya universiti awam, kolej swasta jer pun. Lagipun tawaran belajar kat sana untuk pengajian diploma”. 
Saya nak sambung ijazah la. Agak demand fikiran masa tu. Tak dapat terima kenyataan keputusan SPM pun tidaklah cemerlang sangat.

Pada mulanya, saya tetap berkeras dengan pendirianku. Ibarat batu yang keras, setelah dititiki air bertalu-talu akan berlopak juga akhirnya. Begitulah dengan hati ini, setelah berkali-kali diberi pandangan dan nasihat oleh orang yang sudah makan garam terlebih dahulu. Ustaz-ustaz yang pernah belajar di sana mengatakan belajar kat KUSZA seronok dan masa hadapan adalah cerah. 

Dengan berat hati, diterima juga akhirnya tawaran belajar tersebut. Sampai hatiku pernah beranggapan leburlah harapan untuk menjejakkan kaki ke menara gading bersama kawan-kawan yang lain. 

Sementara kawan-kawan lain masih lagi bercuti, Saya dan Fikar saja yang bersemangat hendak menuntut ilmu di negeri orang. Biasalah kan KUSZA merupakan kolej swasta. Sementara universiti awam yang lain belum lagi memulakan sesi pengajian. Kolej swasta memang awal mengambil kemasukkan pelajar-pelajar baharu. Semuanya kerana duit semata-mata. Maaflah kalau salah tanggapan.

Flash back kembali, niat hati untuk mengisi borang pengajian ke KUSZA hanya suka-suka. Kebetulan semasa hari kejadian ada roadshow karnival pendidikan anjuran kolej-kolej swasta kat daerah Limbang. Hanya sekadar untuk try dan test jer.

Semasa mengisi boring tu rasa pelik juga, borang yang di isi terus diterima tanpa adanya temuduga atau penilaian apa-apa. Dijamin lagi 100 peratus dapat masuk KUSZA. Syarat kemasukkan diperlukan sekadar lulus semua subjek SPM. Di saat itulah keyakinan terhadap kolej tersebut berkurang.

Walaupun dalam keadaan terpaksa, dapat juga pengalaman pertama untuk menaiki kapal terbang. Sememangnya dari kecil lagi berkeinginan sangat hendak menaiki kapal terbang. Dapat terbang tinggi. Kalau boleh nak sangat memegang awan dan ikut terbang bersama burung-burung di angkasa. Kalau boleh la...

Memang rasa nervous pertama kali naik kapal terbang. Macam-macam perasaan timbul, sekejap rasa takut. sekejap lagi rasa seronok. Teruja lah katakan. Terasa berada di awang-awangan di saat  roda kapal terbang berada di udara. Masa itulah telinga terasa berdesing dan tidak dapat mendengar dengan baik. Lagi-lagilah menaiki kapal tebang jenis twin otter pada masa tu. Kami terpaksa transit kat Lapangan Terbang Miri dulu. Setelah itu baru sambung naik pesawat airbus Air Asia dari Lapangan Terbang Miri ke KLIA.

                                           pesawat twin otter dari limbang-miri

Masa perjalanan yang diambil kira-kira 2 jam 30 minit hendak sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA). Perjalanan yang cukup membosankan kerana disaat itu jugala kepala ini rasa berputar-putar macam roda. Rasa pening sangat. Masa itulah baru teringat pesanan ibu tercinta. 

“ Man, kalau rasa pening dalam kapal terbang nanti jangan lupa makan panadol tau. Emak letak dalam beg sandang Man. Insha’Allah, akan hilang peningnya tu nanti. Jangan lupa tau…Mungkin ini dinamakan mabuk kapal terbang kot. Tanpa berlengah lagi terus disuap dua biji panadol dan minum dengan air mineral. Walaupun syarikat penerbangan Air Asia mengamalkan polisi tiada makanan luar. Peduli apa saya. Mahal sangat makanan dan minuman dijual dalam kapal terbang tu.

                                                 kapal terbang Air Asia

Sementara menunggu kesannya, mata ini sempat melilau di luar jendela kapal terbang. Berasa takjub dengan ciptaan Allah yang sangat cantik dan indah. Pelbagai bentuk awan boleh disaksikan. Alangkah seronoknya kalau dapat memijak awan-awan tersebut. Macam dalam kartun animasi Doraemon la pula. Bermain-main atas awan..dapat buat rumah, istana dan sebagainya. Imiginasi keanak-anakan pula. Hihi.

“ Sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sila tegakkan tempat duduk anda. Sila pastikan penutup tingkap dibuka.” Kata-kata dari ketua pramugari yang bertugas. Semua penumpang-penumpang akur akan arahan tersebut.

Akhirnya, dapat juga menjejakkan kaki ke bumi semenanjung Malaysia. Saya dan Fikar berasa gembira dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Terlupa pula nak cerita, misi kami pergi ke KUSZA tidak hanya kami berdua. Ayah Fikar pun ikut sama juga. Turut menemani kami sehingga mendaftar di KUSZA nanti. 

                                        kecanggihan KLIA

Di balai ketibaan KLIA, abang saya Rosman sudah sedia menyambut ketibaan kami. Terus dia bawa kami pergi ke medan selera yang berada di tingkat bawah. Memang beliau sudah menjangkakan kelaparan  yang melanda perut kami pada masa tu. Sampai ke malam kami berada di KLIA. Sempat juga jalan-jalan menikmati keindahan dan kecanggihan KLIA. 

Tepat pukul 8 malam, sekali lagi menaiki kapal terbang dan berlepas menuju ke negeri Terengganu. Perjalanan mengambil masa satu jam. Tiada lagi keindahan awan dapat disaksikan pada malam tu. Semuanya gelap gelita. Hanya dengkuran penumpang duduk dibelakang kedengaran.

Monday, 18 April 2011

Rahsia sebalik 786

Apakah maksud di sebalik 786 yang sering terpampang di papan tanda perniagaan India Muslim. Terdapat dua pandangan dalam menjelaskan maksud dan misteri di sebalik penggunaan nombor 786 yang jelas kelihatan di setiap perniagaan restoran India Muslim.

Pandangan pertama merujuk kepada kaedah memberi nilai angka kepada huruf-huruf Arab. Ia bukanlah diperkenalkan oleh India Muslim. Penggunaan nilai nombor kepada huruf-huruf arab sudah lama dipraktikkan dan mudah dilihat dalam perubatan kuno tempatan yang menjadikan ia sebagai bahan perubatan alternatif. Setiap huruf dalam bahasa Arab diberikan nilai nombor yang berbeza.



Daripada gambar di atas ni, ditunjukkan bahawa setiap huruf ada nilai-nilai dia yang tersendiri. Jadi, dalam ayat basmalah, hasil tambah semua nilai-nilai huruf tersebut ialah 786. Kalau tidak percaya korang boleh je nak kira. Selamat mencuba...

Perubatan tradisional kuno pernah menjadikan nilai-nilai nombor ini sebagai susunan kombinasi yang digabung menjadi tangkal. Melalui inisiatif penjelasan pendidikan agama kepada masyarakat secara berterusan, ia tidak diamalkan pada hari ini.

Nombor 786 yang digunakan oleh peniaga India Muslim di papan perniagaan bukanlah tangkal sebagaimana dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional kuno. Nombor-nombor yang wujud di papan tanda tersebut membawa kepada maksud perkataan bismilah.


Pandangan kedua mengatakan nombor 786 yang tertera di papan tanda perniagaan India Muslim membawa kepada formula asas kepada perniagaan India Muslim. Ia melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan pengurusan modal pusingan bagi apa-apa perniagaan yang diceburi. Formulanya ialah jika modal berjumlah tujuh ringgit, jual pada nilai lapan ringgit. Pusingkan modal semula sebanyak enam ringgit selepas itu.

" Tujuh ringgit modal, lapan ringgit jual, enam ringgit pusing semula."

sumber:http://bisnesmamak.wordpress.com/2007/04/02/rahsia-sebalik-786/

APA KAITANNYA DENGAN AKU???

senang jer la..coz saya lahir tanggal 7.8.1986..my fevret no dari dulu 786..sesuatu yang kebetulan..

Sunday, 17 April 2011

Welcome to MY LIFE!!!

Makan burger di luar pagar,
Udang galah tolong jalakan,
Saya blogger baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.