: KUSZA -DIPLOMA PENDIDIKAN BAHASA ARAB :
Sampai sahaja di Lapangan Terbang Kuala Terenganu pada malam tu. Terus kami menyewa teksi dan menginap di hotel tempat ayah Fikar pernah tinggal sebelum ini. Malam tu, kami tinggal semalam kat hotel yang agak mewah jugak. Saya tak ingat nama hotel tersebut. Nanti tanya balik dekat ayah Fikar.
Pada keesokkan harinya, bermulalah perjuangan kami sebagai pelajar di KUSZA. Ayah Fikar sempat menemani kami semasa proses pendaftaran kat pejabat KUSZA. Setelah semuanya berjalan dengan lancar barulah kami dibawa ke asrama ataupun disebut kolej kediaman yang sudah ditetapkan.
masjid KUSZA- pernah solat jumaat beberapa kali jer
Ayah Fikar tidak dapat ikut bersama kerana sudah ada pembantu mahasiswa yang bertugas pada masa itu yang akan menemani kami berdua. Berpisahla kami dengan ayah Fikar pada masa itu juga. Lagipun ayah Fikar tidak dapat lama-lama kerana beliau juga akan balik ke Sarawak pada sebelah malamnya.
Saya amat-amat berterima kasih kepada beliau kerana sudi menemani di sepanjang perjalanan kami bermula dari Limbang sehinggalah ke KUSZA ni.
logo KUSZA
Dengan ditemani pembantu mahasiswa tersebut kami pun dibawa ke kolej kediaman. Memang jauh di antara kolej kediaman dengan tempat belajar. Terpaksa menaiki bas ataupun kenderaan lain.
Setelah sampai ditempat kolej kediaman, kami pun ditunjukkan kedudukan bilik kami seperti yang tertulis dalam resit pendaftaran kolej kediaman. “A-3:Blok At-Tabrani”. Melangkah masuk ke bilik setelah kunci pintu dibuka. Memang terkejut beruk saya ngan Fikar. Bilik kami memang sudah ada penghuninya.
Buat sementara waktu, kami terpaksa berkongsi bilik dengan penghuni-penghuni bilik kami tersebut. Setelah mendengar penjelasan mereka, kami memahaminya. Mereka pun mengalami nasib yang sama seperti kami alami sekarang. Bilik yang didaftarkan untuk mereka sudah ada penghuni senior menghuninya.
Saya dengan Fikar cuba membawa masalah ini kepada presiden kolej tersebut. Awal-awal lagi Ridhiallah dan Hakimi menasihati kami untuk melupakan saja hasrat tersebut. Memang tidak akan dilayan. Sudah menjadi adat turun temurun sistem penempatan di kolej kediaman tersebut. Si senior akan berkuasa. Budak-budak freshier seperti kami akan dipaksa tunduk dan patuh kepada mereka. Kalau ada sesiapa cuba untuk mengubah corak tersebut memang hebatlah dan akan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Setelah mendengar sendiri dari mulut senior-senior yang sudah berpengalaman.
Pada malam itu, ada senior Sarawak yang datang menziarahi kami dan menyatakan rasa kesian terhadap kami. Mereka berusaha untuk mencari bilik untuk penempatan kami dengan secepat yang mungkin. Alhamdulillah, pada ke esokkan harinya berpindahlah kami ke bilik baru. Kebetulan berdepanan dengan bilik mereka. Rupa-rupanya bilik tersebut bilik penempatan secara haram. Gara-gara kesian punya pasal, semua itu tidak dipedulikan oleh mereka. Kami pun tidak la kisah sangat. Janji ada tempat selesa untuk tinggal. Terima kasih buat saudara Jeffri kerana sudi menolong kami. Beliau yang berada di tahun 2 dan sedang mengambil kursus TESL. Berasal dari Miri, Sarawak.
Bermula sebagai pelajar Diploma Pendidikan Bahasa Arab, awal-awal pagi kami sudah bangun dan menunggu bas di luar kolej kediaman untuk bergerak ke kampus. Bertemankan Ridhi dan Hakimi yang menjadi pemandu pelancong untuk menunjukkan tempat di sekitar kampus KUSZA. Mereka sudah berada di KUSZA seminggu yang lepas.
Mereka sempat mengikuti kursus orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Kami bedrua sangat bertuah kerana tidak sempat untuk mengikuti minggu yang mereka anggap sangat menyeksakan itu. Hanya kata-kata mampu diluahkan oleh Ridhi dan Hakimi bertapa peritnya semasa minggu orientasi tersebut.
Hakimi mengambil diploma kehakiman dan undang-undang, manakala Ridhi ambil diploma syariah dan pengurusan. Walaupun kursus yang mereka ambil berbeza dengan kami mereka sempat menunjukkan kelas kami yang sebenar. Seorang berasal dari Kedah, seorang lagi berasal dari Kelantan.
Kelas pertama kami masukki ialah kelas psikologi pendidikan kalau tidak silap la. Terus belajar pasal pendidikan dan sempat belajar mengenai sajak Usman Awang pasal guru. Walaupun tidak hafal tapi akan mencuba untuk menghayati setiap bait-bait ayat yang dituturkan:
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
Memang terkesan juga dengan sajak tersebut. Pensyarah tersebut sempat mengingatkan bahawa kami semua adalah bakal guru yang berkhidmat pada masa akan datang dan cuba menjadi seorang guru seperti dalam sajak tersebut. Suasana pembelajaran memang tidak selesa kerana keadaan kelas yang sempit dan ada pelajar-pelajar yang tidak cukup kerusi hendak duduk.
Dalam kelas itu barulah mengenali siapa Hafizuddin, Wira dan banyak lagi. Hanya mengenali pelajar-pelajar lelaki saja. Maklumlah masih baru-baru lagi. Ramai pelajar perempuan yang mengambil kursus ini berbanding lelaki. Kalau dikira lebih separuh terdiri dari pelajar perempuan.
Selepas kelas psikologi tersebut, ada kelas fiqh ibadat lagi. Dengan pengajaran menggunakan buku arab dan bahasa pengantar pun bahasa arab 100 peratus. Memang kalau otak tidak bersedia boleh menjadi gila. Masuk-masuk bilik kuliah terus belajar kitab yang memang tidak difahami keseluruhannya. Saya dengan Fikar tidaklah mahir sangat dalam bahasa arab ni. Setakat kredit jer dalam SPM.
Bertambah tekanan lagi apabila saya dengan Fikar dimasukkan ke dalam kelas Bahasa Inggeris bersama pelajar-pelajar yang ambil kursus TESL. Memang kami berdua saja pelajar dari kursus lain. Apa lagi, memang kami menjadi bahan ejekkan pelajar-pelajar yang mahir sangat dalam bahasa orang putih tu. Macamlah dorang terror sangat. Hanya bersabar dapat kami lakukan.
Macam-macam perkara menjadi tekanan sama ada di kolej kediaman ataupun di dalam bilik kuliah. Nasib baik berdekatan dengan kolej kediaman tersebut ada pantai dipanggil pantai Tok Jembal. Tiap-tiap petang kami akan mengunjungginya untuk mandi dan melepaskan tekanan. Kadang-kadang berteriak ke laut melepaskan semua geram dan tekanan sangat-sangat. Sekurang-kurangnya tekanan tidak terkumpul setiap hari.
Setelah dekat sebulan kami belajar di KUSZA, dengan menaiki bas zaman jepun setiap hari pergi dan balik dari kuliah. Dapat mengenali abang senior Sarawak Jefrri, penghuni yang merampas bilik kami Ridhi dan Hakimi dan kawan-kawan sama kursus seperti kami Hafizuddin dan Wira. Memang indah dapat mengenali mereka walaupun dalam masa yang singkat.
Apakan daya, di sangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Setelah hati ini bertekad dan otak fikiran ini tidak mampu untuk meneruskan sesi pembelajaran di KUSZA. Akhirnya dengan berat hati saya menyatakan keputusan ini kepada Fikar dan keluarga di kampung. Walaupun pada mulanya mereka agak keberatan untuk menerima akan keputusan yang melulu ini. Lagi-lagi ayah kemungkinan berasa bersalah kerana memaksa saya belajar di KUSZA ini. Setelah diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya mereka juga memahaminya.
Hati yang sekuat mana pun akan cair juga, rupa-rupanya Fikar yang nampak kental dan tabah dalam menghadapinya sebelum ini akhirnya mengikut jejakku juga. Aku tidak pernah sesekali mengajaknya untuk berhenti dari belajar di KUSZA. Memang kemahuannya sendiri. Setelah Fikar meminta pendapat dengan ayahnya. Kami berdua dengan secepatnya menguruskan proses pemberhentian pengajian di pejabat KUSZA. Kami akhirnya dilepaskan dari tekanan ini, walaupun duit pendaftaran yang bernilai RM700 tidak dikembalikan.
Memang rasa bahagia sangat dapat keluar dari semua tekanan dan masalah ini. Tapi, sedih juga kerana berpisah dengan kawan-kawan. Sekarang ni fokus untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan 6 jer la. Sementara menunggu keputusan-keputusan dari universiti yang dipohon dalam borang UPU.
No comments:
Post a Comment