Bukan main semangat awal bangun...pukul 5.30a.m bunyi alarm dari telefon memecahkan kesunyiaan pagi. Memang terus bangun dari tidur la. Tidak seperti hari kebiasaannya, bangun lah juga, tapi memang liat sangat nak bangkit dan mengambil masa yang panjang...hihi
Walaupun, pada sebelah malamnya agak lewat jugaklah nak tidur. Fikiran melayang-layang. Berangan-angan punya pasal. Berangan sedang mengajar murid-murid di sekolah tempat latihan mengajar nanti. Paling lawak sempat juga merangka pantun tuk sesi perkenalan diri untuk acara pada esokkan hari. Kena prepare awal-awal. Tidaklah nampak "kelam kabut" nanti.
Tepat pukul 6.30a.m. Konvoi 4 buah motosikal mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan Bukit Angkasa untuk menuju ke Sekolah Menengah Taman Keramat, Selangor. Perjalanan mengambil masa dalam 25minit. Keadaan traffic pon berjalan dengan lancar. Bukan masa puncak yang menyebabkan traffic jammed.
Aku, Maziz, Hazmi & Saiful tidak kisah pon walaupun traffic jammed. Motor boleh ajer cilok-cilok. memang dah biasa dengan jalan-jalan area Kuala Lumpur ni. Keselamatan memanglah diutamakan. Lagipun hanya sekali ni jer kot awal pergi sekolah. Maklumlah nak register sebagai guru praktikal dan ada events sambutan hari guru. Kami berempat nanti akan mengajar murid-murid sesi petang. Tidak lah awal-awal pagi pergi ke sekolah.
Sampai SMART (SMK Taman Keramat) sebelum pukul 7am lagi. Mendaftar bukannya sebagai pelajar yea. Sebagai seorang tenaga pengajar. Bakal-bakal ustaz kan. Mendaftar secara lisan jer. Pihak Sekolah tak masukkan lagi data maklumat peribadi kami dalam sistem. Memang canggihla sistem kehadiran staf-staf dan kakitangan sekolah SMART. Guna scanner cop jari. Tiada sudah istilah tolong-menolong dalam punch card orang.
Pertama kali menyambut "Hari Guru" sebagai seorang pendidik. Memang rasa terharu la. Walaupun belum di iktiraf secara rasmi lagi sebagai pendidik. Perarakan guru-guru dari luar bilik guru, dimulai dengan pengetua sekolah, penolong kanan 1, penyelia petang dan dibelakang adalah pendidik-pendidik yang lain. Macam gaya events acara red carpet anugerah bintang popular pula. Berjalan di atas karpet merah dan lensa kamera sentiasa bekelip-kelip ditepi.
Sekali lagi rasa terharu dan terkesan dalam hati setelah melafazkan ikrar Hari Guru. Melafazkannya bersama warga pendidik yang lain di atas pentas yang dimonopoli oleh pendidik dari kalangan kaum Hawa. Kalau dikira memang sedikit jer bilangan guru dari kaum Adam. Boleh dinisbahkan 1:5.
Alhamdulillah, dengan kemasukkan kami sebagai guru praktikal, menambahkan lagi guru dikalangan kaum Adam. Tambahan 2 orang lagi guru praktikal lelaki yang mengajar subjek sains dan matematik juga dari Universiti Malaya.
Paling ditunggu-tunggu adalah melagukan "Lagu Guru Malaysia" dengan penuh semangat dan kadang-kadang menjadi suara latar untuk lagu tersebut. Masuk lagu kedua, memang tidak dihafal dan baru pertama kali medengar lagu tersebut. "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" bersempena lagu tema sambutan Hari Guru yang ke-40 pada tahun 2011 ini. Nasib baik dibekalkan pamplet yang mengandungi lirik lagu tersebut. Boleh juga diikuti. Cover line kepada pelajar-pelajar.
Setelah itu persembahan dari pelajar-pelajar yang berbakat seperti kugiran, persembahan nyanyian dari pelakon terbaik teater sekolah SMART. Pendeklamsian sajak dari exchange students dari luar negara. Agak fasih juga dalam berbahasa Melayu. Sempat juga seorang guru bercerita SMART ni banyak menghasilkan artis-artis popular seperti Nasha Aziz & Hazama AF.
Kita orang sebagai guru pelatih ni hanya mendengar cerita yang dianggap menarik tersebut. Menjadi pendengar yang setia. Untuk menunjukkan kemesraan dan keramahan terhadap guru-guru yang mengajar di SMART. Tak naklah nanti dilabel sebagai guru praktikal yang sombong dan pendiam.
Walaupun tidak membawa pakaian lebih, kami pon join juga aktiviti sukaneka yang telah dirancangkan. Biasalah kan, guru praktikal. Semangat masih berkobar-kobar. Sampai baju basah dengan peluh dek kepanasan terik matahari. Kasut yang baru semalam dibeli pon terkotor sikit. Terkena renjisan air kelapa muda. Gara-gara acara boling kelapa muda.
Bermula dengan acara catwalk macam ala-ala model dengan ada benda diatas kepala yang perlu dijunjung dan tidak boleh jatuh dan tangan membawa bola pingpong dalam sudu. Selain memasukkan benang dalam jarum, masukkan gelung rotan dalam sketel. Acara paling best ialah boling kelapa muda dan berlari ikat kaki berpasangan dengan pelajar. Memang seronok dan gembira , pelajar-pelajar semuanya happening dan memberikan kerjasama yang baik.
Walaupun sekadar guru praktikal, dapat juga hadiah dari pelajar-pelajar sempena Hari Guru. Hadiah-hadiah dari pengawas sekolah dan pelajar kelas masakkan. Tapi, tidaklah sebanyak hadiah yang diperolehi oleh guru-guru setiap tingkatan dan guru popular di sekolah itu.
Pukul 12.30p.m menaiki bas pergi Hotel Quality, Kuala Lumpur. Ada acara kemuncak sambutan Hari Guru peringkat SMK Taman Keramat. Memang acara tahunan warga pendidik SMART menjelang hari guru. Selain jamuan makan warga-warga pendidik. Ada penyampaian hadiah acara sukaneka sebelah pagi tadi dan acara cabutan bertuah.
Walaupun tidak bertuah dalam acara cabutan nombor bertuah, mendapat nombor pertama keseluruhan acara sukaneka pun berasa seronok juga. Semua ahli kumpulan mengambil hadiah di pentas. Kumpulan 5 @ STYLO pemenang keseluruhan acara sukaneka. Memang semua warga pendidik SMART ramah mesra. Dapat berkenalan dengan guru-guru lelaki, walaupun berlainan jawatan dan peringkat umur.
Ucapan pengetua semasa majlis, memang terkesan dan terbest la. " Kita semua adalah Transfomer ". Boleh berubah-rubah. Sungguh mendalam maknanya, kalau dikaji betul-betul. Beliau juga ada menguji tahap ilmu sejarah semua warga pendidik SMART berkaitan kenapa sambutan "Hari Guru" di buat 16 Mei setiap tahun. Tahun 2011 ini yang ke 40 tahun. Setelah semuanya tidak tahu, akhirnya beliau sendiri yang memberikan jawapannya.
Apakah jawapannya??? Anda semua mestilah cari sendiri.
Pengalaman pertama kali dalam seumur hidup menyambut Hari Guru sebagai seorang pendidik dan terima kasih UM kerana menetapkan pendaftaran kami sebagai pendidik bersamaan tarikh keramat yang semua orang mengetahuinya....16 MEI...
-HADIAH YANG DITERIMA SEMPENA HARI GURU-
HADIAH BUNGA FERRERO ROCHER & COKLAT |
HADIAH KESELURUHAN |
~~UCAPAN KERAMAT~~ |
wow..hari pertama yg sgt bertuah..tahniah man.
ReplyDeletethanks jay..pengalaman baru kan..hihi
ReplyDeletesp maziz tu man??bkn nm sbenar kah tu?hihihi
ReplyDeleteinda tau sapa...nama samaran kot...haha
ReplyDelete:) tahniah man..moga jadi pendidik yang akan menerangi jiwa anak-anak bangsanya... :)
ReplyDeleteinsha'Allah dayangku...doakan semuanya berjalan dengan lancar & dapat berbakti dengan anak bangsa sendiri...amiin.
ReplyDelete