Sunday, 8 May 2011

di saat hilangnya nikmat deria rasa & bau...

Tetiba pula nak bagi sedikit peringatan untuk korang semua.
Walaubagaimanapun, aku bukan lah seorang insan yang sempurna tetapi sekadar untuk memberi peringatan untuk saudara-saudaraku yang seagama dengan ku.
Dalam Islam sendiri pun memang menggalakkan kita saling ingat-mengingati.
Kita sebagai seorang muslim harus ingat 5 perkara ni sebelum datang 5 perkara lagi :

1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit
3. Kaya sebelum miskin
4. Masa lapang sebelum datang waktu sibuk
5. Masa hidup sebelum datangnya waktu mati

Mari kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah s.a.w :
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)




Pasti semua orang pernah dan akan mengalaminya seperti yang aku rasakan sekarang ni...
Bertapa pentingnya nikmat deria rasa yang Allah telah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya.
Mungkinkah kita alpa ataupun terlupa dengan nikmat tersebut.
Nikmat tersebut adalah nikmat SIHAT sebelum SAKIT.
Memang rasa rugi setelah hilang nikmat deria rasa tersebut.
Sama ada deria rasa ataupun deria bau.
Kedua-dua deria ini adalah saling berkaitan dan melengkapi di antara satu dengan yang lain.
Gara-gara demam selsema ini nikmat deria rasa dan deria bau ditarik balik oleh Allah.
Di saat hilangnya bau wangian perfume Chase by silky for men yang diguna setiap hari.
Rasa makanan & minuman yang dijamah pun semuanya tawar-tawar belaka.
Nasib baik Allah menarik nikmat ini hanya sementara waktu.
Kalaulah nikmat ini ditarik-Nya untuk selama-lamanya...tidak dapat kita bayangkan dengan akal fikiran.
Setelah kita SAKIT barulah terasa bertapa pentingnya nikmat SIHAT.
Nikmat deria bau dan deria rasa.
Adakah dengan nikmat SAKIT ini barulah kita ingat akan ALLAH???
Seperti yang tertulis dalam lirik lagu Curang by Feelhoney

~~ku akui ku pencinta sejati
ku berjanji yang Kau slalu kusayangi
namun KASIH (Tuhan) slalu ku bohongi
betapa malunya aku menghadapMu..

mencariMu hanya bila ku rindu
mula bersujud hanya bila ku perlu
namun bila Kau beriku cinta
panggilanMu tak pernah aku mendengar

angkuhnya ku pada kejadianku
merasakan dunia lama milikku
'kan kelukah lidah bersyahadah cinta?
bila nafas di hujung nyawa

curangnya aku di setiap nafasku
melupakan aku hanya milikMu
jauhkah syurga dari pandangan?
kifarah dosa kini(sakit) ku rasakan

tuhan..berikan aku peluang
curang yang lalu takkan berulang
~~


Ya ALLAH, sembuhkanlah hamba-Mu ini dari nikmat SAKIT yang telah Engkau berikan.
Berilah peluang agar hamba-Mu ini dapat mensyukuri segala nikmat-nikmat yang telah diberikan...
Termasuklah nikmat SIHAT.
Syukur..ALHAMDULILLAH>>>

2 comments:

  1. terima kasih sebab mengingatkan... ALHAMDULILAH syukur... :)

    ReplyDelete