: SEBUAH HARAPAN:
Tahun 2004, setelah selesai peperiksaan SPM saya duduk kat rumah jer. Tolong ayah dan emak berkebun sayur dan menjaga dusun buah-buahan. Di suatu petang ayah menyapaku.
“Man, ko dapat tawaran memasuki Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA), kat Terengganu. Anak cikgu Umar pun dapat juga…Zulfikar kan???
“Iyea ayah, Fikar nama dia…tapi ayah...saya tak nak masuk KUSZA la. KUSZA bukannya universiti awam, kolej swasta jer pun. Lagipun tawaran belajar kat sana untuk pengajian diploma”.
Saya nak sambung ijazah la. Agak demand fikiran masa tu. Tak dapat terima kenyataan keputusan SPM pun tidaklah cemerlang sangat.
Pada mulanya, saya tetap berkeras dengan pendirianku. Ibarat batu yang keras, setelah dititiki air bertalu-talu akan berlopak juga akhirnya. Begitulah dengan hati ini, setelah berkali-kali diberi pandangan dan nasihat oleh orang yang sudah makan garam terlebih dahulu. Ustaz-ustaz yang pernah belajar di sana mengatakan belajar kat KUSZA seronok dan masa hadapan adalah cerah.
Dengan berat hati, diterima juga akhirnya tawaran belajar tersebut. Sampai hatiku pernah beranggapan leburlah harapan untuk menjejakkan kaki ke menara gading bersama kawan-kawan yang lain.
Sementara kawan-kawan lain masih lagi bercuti, Saya dan Fikar saja yang bersemangat hendak menuntut ilmu di negeri orang. Biasalah kan KUSZA merupakan kolej swasta. Sementara universiti awam yang lain belum lagi memulakan sesi pengajian. Kolej swasta memang awal mengambil kemasukkan pelajar-pelajar baharu. Semuanya kerana duit semata-mata. Maaflah kalau salah tanggapan.
Flash back kembali, niat hati untuk mengisi borang pengajian ke KUSZA hanya suka-suka. Kebetulan semasa hari kejadian ada roadshow karnival pendidikan anjuran kolej-kolej swasta kat daerah Limbang. Hanya sekadar untuk try dan test jer.
Semasa mengisi boring tu rasa pelik juga, borang yang di isi terus diterima tanpa adanya temuduga atau penilaian apa-apa. Dijamin lagi 100 peratus dapat masuk KUSZA. Syarat kemasukkan diperlukan sekadar lulus semua subjek SPM. Di saat itulah keyakinan terhadap kolej tersebut berkurang.
Walaupun dalam keadaan terpaksa, dapat juga pengalaman pertama untuk menaiki kapal terbang. Sememangnya dari kecil lagi berkeinginan sangat hendak menaiki kapal terbang. Dapat terbang tinggi. Kalau boleh nak sangat memegang awan dan ikut terbang bersama burung-burung di angkasa. Kalau boleh la...
Memang rasa nervous pertama kali naik kapal terbang. Macam-macam perasaan timbul, sekejap rasa takut. sekejap lagi rasa seronok. Teruja lah katakan. Terasa berada di awang-awangan di saat roda kapal terbang berada di udara. Masa itulah telinga terasa berdesing dan tidak dapat mendengar dengan baik. Lagi-lagilah menaiki kapal tebang jenis twin otter pada masa tu. Kami terpaksa transit kat Lapangan Terbang Miri dulu. Setelah itu baru sambung naik pesawat airbus Air Asia dari Lapangan Terbang Miri ke KLIA.
pesawat twin otter dari limbang-miri
pesawat twin otter dari limbang-miri
Masa perjalanan yang diambil kira-kira 2 jam 30 minit hendak sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA). Perjalanan yang cukup membosankan kerana disaat itu jugala kepala ini rasa berputar-putar macam roda. Rasa pening sangat. Masa itulah baru teringat pesanan ibu tercinta.
“ Man, kalau rasa pening dalam kapal terbang nanti jangan lupa makan panadol tau. Emak letak dalam beg sandang Man. Insha’Allah, akan hilang peningnya tu nanti. Jangan lupa tau…Mungkin ini dinamakan mabuk kapal terbang kot. Tanpa berlengah lagi terus disuap dua biji panadol dan minum dengan air mineral. Walaupun syarikat penerbangan Air Asia mengamalkan polisi tiada makanan luar. Peduli apa saya. Mahal sangat makanan dan minuman dijual dalam kapal terbang tu.
kapal terbang Air Asia
Sementara menunggu kesannya, mata ini sempat melilau di luar jendela kapal terbang. Berasa takjub dengan ciptaan Allah yang sangat cantik dan indah. Pelbagai bentuk awan boleh disaksikan. Alangkah seronoknya kalau dapat memijak awan-awan tersebut. Macam dalam kartun animasi Doraemon la pula. Bermain-main atas awan..dapat buat rumah, istana dan sebagainya. Imiginasi keanak-anakan pula. Hihi.
kapal terbang Air Asia
Sementara menunggu kesannya, mata ini sempat melilau di luar jendela kapal terbang. Berasa takjub dengan ciptaan Allah yang sangat cantik dan indah. Pelbagai bentuk awan boleh disaksikan. Alangkah seronoknya kalau dapat memijak awan-awan tersebut. Macam dalam kartun animasi Doraemon la pula. Bermain-main atas awan..dapat buat rumah, istana dan sebagainya. Imiginasi keanak-anakan pula. Hihi.
“ Sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sila tegakkan tempat duduk anda. Sila pastikan penutup tingkap dibuka.” Kata-kata dari ketua pramugari yang bertugas. Semua penumpang-penumpang akur akan arahan tersebut.
Akhirnya, dapat juga menjejakkan kaki ke bumi semenanjung Malaysia. Saya dan Fikar berasa gembira dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Terlupa pula nak cerita, misi kami pergi ke KUSZA tidak hanya kami berdua. Ayah Fikar pun ikut sama juga. Turut menemani kami sehingga mendaftar di KUSZA nanti.
kecanggihan KLIA
kecanggihan KLIA
Di balai ketibaan KLIA, abang saya Rosman sudah sedia menyambut ketibaan kami. Terus dia bawa kami pergi ke medan selera yang berada di tingkat bawah. Memang beliau sudah menjangkakan kelaparan yang melanda perut kami pada masa tu. Sampai ke malam kami berada di KLIA. Sempat juga jalan-jalan menikmati keindahan dan kecanggihan KLIA.
Tepat pukul 8 malam, sekali lagi menaiki kapal terbang dan berlepas menuju ke negeri Terengganu. Perjalanan mengambil masa satu jam. Tiada lagi keindahan awan dapat disaksikan pada malam tu. Semuanya gelap gelita. Hanya dengkuran penumpang duduk dibelakang kedengaran.
Tepat pukul 8 malam, sekali lagi menaiki kapal terbang dan berlepas menuju ke negeri Terengganu. Perjalanan mengambil masa satu jam. Tiada lagi keindahan awan dapat disaksikan pada malam tu. Semuanya gelap gelita. Hanya dengkuran penumpang duduk dibelakang kedengaran.
No comments:
Post a Comment