Wednesday 20 April 2011

(PART 3)

: IKMAS & HIKMAH :

Dengan bantuan Hafizuddin kami dapat segera membeli tiket bas untuk balik ke Kuala Lumpur tempat abang saya bekerja. Pada esok harinya, dengan menaiki bas Transnasional bermula lah perjalanan kami yang mengambil masa 8 jam perjalan dari Kuala Terengganu ke hentian Putra, KL. Memang perjalanan yang memenatkan dalam keadaan bas yang tidak berpenghawa dingin. Sempat juga membeli jeruk untuk menghilangkan rasa pening-pening sepanjang menaiki bas.

                    gambar sekadar hiasan- memang berbeza bas yang dinaiki dulu

Sebelah petang tu, abang saya sudah menunggu di Hentian Bas Putra dengan muka yang sinis dan senyuman mengejek. Aku tidak ambil peduli semua itu. Kami menaiki KTM dari hentian Putra dan berhenti di hentian Serdang. Rumah sewa abang saya bersama kawan-kawannya dekat dengan Universiti Putra Malaysia. Universiti tempatnya belajar 4 tahun yang lepas.

Sampai di rumah, abang saya memberitahu bahawa tiga hari lagi, saya akan pergi ke Kuching. Manakala Fikar akan balik Limbang. Saya akan sambung pengajian di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Dia kata ayah yang suruh supaya saya belajar di sana. Kebetulan ada surat tawaran dari IKMAS sampai kat rumah beberapa minggu yang lepas.



Persoalan sekarang, bila masa pula saya ada mengisi borang untuk belajar di institut tersebut. Menghadiri temuduga pun tidak pernah sekali. Abang saya kata dia hanya bertindak mengikut arahan ayah. Lagipun dia sudah pun membeli tiket kapal terbang pergi ke Kuching. Kalau saya tidak pergi akan sia-sia saja tiket yang sudah dibeli. Dahla tiket dia beli masa tu mahal. Nanti claim balik..

Dalam keterpaksaan sekali lagi, keputusan telah pun dibuat untuk diriku. Memang saya amat menghargai akan keprihatinan ayah dan keluarga. Demi menjaga hati dan perasaan mereka, semuanya akan dikorbankan. Kadang-kadang hati ini memberontak mengapa segala keputusan harus dibuat oleh orang lain dan bukannya diri sendiri. Mengapa???

Cemburu dengan Fikar dapat balik ke Limbang dan dapat menyambung pengajian di tingkatan 6 rendah. Memang berbaloi dengan keputusan yang dibuatnya sendiri. Tidak apa, memang nasib saya belajar di IKMAS. Sama juga pengajian dekat KUSZA, pengajian yang ditawarkan hanya diploma. Bukannya hendak memilih tempat pengajian. Cuma memandang peluang untuk pekerjaan pada masa akan datang dan pengajian di peringkat lebih tinggi lagi.

Sehari sebelum bertolak ke destinasi masing-masing, saya dengan Fikar berkesempatan pergi ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dekat bangunan PWTC. Saya hendak membeli Kamus al-Marbawi untuk keperluan pembelajaran dekat IKMAS nanti. Selain itu, saya juga sempat membeli senaskah Tafsir Al-Qur’an. Kebetulan ada pameran buku, dapat juga diberi diskaun 10 peratus oleh penjual. Murahlah harganya kan berbanding harga asal. Jimat duit aku.

Dekat pameran tersebut kami terserempak dengan kumpulan nasyid yang kami minati dari sekolah rendah lagi, kumpulan Raihan. Kumpulan nasyid ini ada membuka gerai atau booth untuk mempromosikan album dan komik mereka. Sempat lagi membeli komik “Raihan Rangerz” yang sudah ditanda tangani oleh kesemua ahli-ahli kumpulan nasyid Raihan. Nanti dapat ditunjukkan kepada kawan-kawan kalau balik Limbang  nanti. Kes bangga punya pasal kan.

Asyik berjalan-jalan di sekitar pameran. Handphone Nokia 3315 berbunyi. Tertera nombor telefon rumah di paparan skrin. Lantas saya tekan butang hijau. Kedengaran suara kakak aku bercakap ditalian.

“Assalamualaikum Man, ni ada berita dari Jabatan Agama Islam Sarawak. Nama awak tersenarai 20 orang pelajar yang dapat mengikuti pengajian Kursus Intensif Bahasa Arab di Nilampuri, Kelantan. Ko nak x?” Sekejap lagi dorang telefon balik nak mendapat kepastian ni”

Aku lantas menjawab. “Memang aku nak lah..nanti akak bagitau dorang aku memang nak.” 

Tawaran belajar yang saya impi-impikan bersama kawan-kawan yang lain sudah tersedia di depan mata, termasuk Fikar. Kami bersama-sama mengikuti ujian bertulis dan temuduga untuk mengikuti kursus tersebut sebulan yang lalu. Harap semuanya dapat.

Tanpa berlengah saya terus memberitahu Fikar, dia pun rasa teruja dan seronok mendengarnya. Dia mengharap agar namanya juga tersenari 20 orang yang layak. Tidak lama selepas itu, emak Fikar ada menelefonnya untuk memberitahu berita gembira tersebut. Nampak muka kegembiraan diwajah Fikar. Akhirnya hajat kami untuk sama-sama belajar dan masuk universiti nanti akan tercapai juga.

Masalah sekarang, abang saya sudah pun membelikan tiket kapal terbang pergi ke Kuching esok. Setelah berbincang dengan ayah, ayah serahkan segala keputusan kepada saya. Apa yang baik untuk saya baiklah untuknya. Ayah tidak lagi menghalang dengan keputusan saya sendiri. Pengajian di IKMAS akhirnya ditolak dengan sebaik-baiknya. Secara automatiknya burn la tiket kapal terbang ke Kuching esok. Hoorey!!!

Memandangkan pendaftaran kursus tersebut tinggal dua minggu sahaja lagi. Abang saya membuat keputusan supaya saya tinggal dekat rumah sewa dia jer. Tidaklah banyak duit yang terbazir lagi. Saya ikut sahaja akan keputusan abang saya. Sekarang hati saya sudah gembira dan tidak sabar hendak berjumpa dengan kawan-kawan dari SMKA Limbang semasa pendaftaran nanti.

Fikar gembira dapat balik kampung walaupun masa hanya 2 minggu. Sementara saya sudah pun mendaftarkan diri di IKMAS hanya dalam mimpi. Inilah yang dinamakan hikmah disebalik saya dan Fikar keluar dari KUSZA. Walaupun ada cobaan dari IKMAS. 

Akhirnya hikmah yang sebenarnya muncul juga dicelah-celah cobaan itu. Syukur Alhamdulillah di atas ketetapan yang telah ditetapkan Allah kepada saya. Kita hanya merancang, dan Allah yang menentukan. Sesungguhnya, sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT. Tiada lagi persoalan dalam hati. Semuanya jelas sejelasnya.

No comments:

Post a Comment