Tuesday 3 May 2011

:: IXEH2105: Fiqh al-Jinayat ::

Alhamdulillah....

Tepat jam 1.30 petang tadi dengan rasminya saya mengisytiharkan diri saya sudahpun menyelesaikan segala exam saya di Universiti Malaya. Final paper tadi ialah fiqh al-jinayat. Memang best dan beruntung dapat mengikuti proses pembelajaran kursus ini. Banyak input yang perlu diketahui oleh semua orang. Ibarat kalau ilmu penuh di dada. Kongsi-kongsi kan lah bersama..
                 slip kebenaran menduduki peperiksaan semester 2/ sesi 2010/2011

Walaupun sudah berakhir saya pasti akan merindui suasana study last-last minute bersama kawan-kawan yang lain. Macam-macam ragam yang dapat dikongsikan bersama dan telahpun dipahat dalam memori.

Selain pernah menduduki final exam di bangunan peperiksaan, Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Islam, KK11 dan tempat paling sejuk sekali di Dewan Tunku Caunselor(DTC). Suasana exam yang senyap, sunyi dan aman.

Insha'Allah segala penat lelah dalam mengharungi sisa-sisa hidup dalam menimba ilmu di universiti yang tertua ini akan terbalas juga nanti. Nantikan entry seterusnya....

No comments:

Post a Comment